Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Greenland adakan pilihan raya umum 11 Mac

ByBernama

NUUK (Greenland), 5 Feb: Greenland, yang kini menjadi tumpuan susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa Washington mungkin berhasrat mengambil alih wilayah itu, dijadual mengadakan pilihan raya umum pada 11 Mac, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Parlimen pada Selasa meluluskan usul Perdana Menteri Múte B Egede untuk mempercepatkan tarikh pilihan raya iaitu pada 11 Mac, lebih awal berbanding jadual asal iaitu pada 6 April.

Dalam satu hantaran di Facebook, Egede menegaskan kepentingan situasi semasa, dengan menyatakan bahawa negara itu berada dalam “satu tempoh yang serius, sesuatu yang tidak pernah kita alami sebelum ini.”

Berdasarkan undang-undang pilihan raya Greenland, sekurang-kurangnya enam minggu diperlukan antara pengumuman dan hari pengundian, namun Egede berpendapat keadaan semasa memerlukan pilihan raya lebih awal.

Dalam perkembangan lain, Parlimen turut meluluskan rang undang-undang melarang derma asing dan tanpa nama kepada parti politik, bertujuan melindungi proses pilihan raya serta menghalang campur tangan luar.

Trump berulang kali menyuarakan hasrat untuk AS memiliki Greenland dan tidak menolak penggunaan tekanan ekonomi serta ketenteraan bagi mencapai matlamat itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan