Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bandar Bintulu hampir pulih daripada bencana banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun, kini berdepan gelombang kedua selepas beberapa kawasan kembali dinaiki air lewat petang tadi akibat hujan lebat berterusan. Foto APM Bintulu

Gelombang kedua banjir landa Bintulu – Bomba

BINTULU, 5 Feb: Bandar Bintulu hampir pulih daripada bencana banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun, kini berdepan gelombang kedua selepas beberapa kawasan kembali dinaiki air lewat petang tadi akibat hujan lebat berterusan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii memaklumkan kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.

Beliau turut berkongsi gambar dan video keadaan semasa kepada pihak media melalui aplikasi WhatsApp dan ketika ditanya sama ada gelombang kedua banjir telah bermula, beliau mengesahkan dengan jawapan ringkas: “Ya.”

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya bersama isteri karam di Sungai Anap, Tatau, lewat petang ini.
Menurut maklumat yang tular di media sosial, isteri mangsa selamat dalam insiden yang berlaku berhampiran kawasan Sangan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak mengesahkan menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.20 petang.

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikenali sebagai Apai Kanun dari Rumah Antau Sait, Sungai Anap, Tatau itu hanya akan dimulakan esok berikutan jalan ke lokasi kejadian terputus hubungan serta keadaan cuaca yang gelap. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan