Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandangan di sekitar Bintulu selepas banjir besar baru-baru ini penuh dengan lambakan perabot dan barangan rumah yang rosak teruk, mencerminkan betapa dahsyatnya impak banjir kali ini terhadap kehidupan penduduk. Foto Faitullah Morni (TVS)

Banjir di Bintulu hampir pulih, beberapa kawasan masih dipantau

BINTULU, 5 Feb: Keadaan banjir yang melanda Bintulu sejak seminggu lalu kini hampir pulih sepenuhnya.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata bagaimanapun, masih terdapat beberapa kawasan yang dalam pemantauan pihaknya.

“Antara kawasan yang masih dipantau ialah Kampung Jepak dan Kampung Kemunting,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, beberapa lokasi masih perlu dipantau kerana berisiko mengalami runtuhan rumah akibat banjir, manakala kawasan lain telah surut sepenuhnya.

Mengulas mengenai bencana banjir yang bermula di Bintulu pada 29 Jan lepas, Wan Kamarudin berkata sebanyak 48 lokasi di sekitar bandar itu yang terkesan akibat banjir.

Katanya selain membantu memindahkan penduduk yang terjejas, JBPM Bintulu turut melaksanakan misi penghantaran bekalan makanan kepada mangsa di kawasan pedalaman yang terputus hubungan.

Wan Kamarudin, yang juga anak jati Bintulu, menyifatkan bencana kali ini sebagai yang paling buruk pernah melanda bandar itu.

“Seumur hidup saya di sini, inilah banjir paling teruk. Malah, kawasan Jepak yang sebelum ini jarang dilanda banjir turut terjejas kali ini,” katanya.

Setakat pagi ini, seramai 1,966 mangsa masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Bintulu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan