Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia). Foto hiasan Envato

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah – MetMalaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi kemas kini amaran yang dikeluarkan pagi ini, memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan di beberapa kawasan meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Bintulu.

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah hari ini, melibatkan bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini di laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu selain menghubungi hotline MET Malaysia 1-300-22-1638. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan