Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza baru-baru ini mencecah 2,810 dengan 2,626 trak membawa pelbagai bekalan, manakala 184 trak membawa bahan api dan gas. Foto fail AFP

340 trak bantuan memasuki Semenanjung Gaza

ByBernama

KAHERAH, 5 Feb: Sebanyak 340 trak yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza pada Isnin melalui lintasan Rafah dan Kerem Shalom, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Konvoi itu turut merangkumi 25 trak membawa bahan api dan lima trak membawa gas.

Menurut seorang pegawai Mesir, jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza baru-baru ini mencecah 2,810 dengan 2,626 trak membawa pelbagai bekalan, manakala 184 trak membawa bahan api dan gas.

Selain itu, lintasan Rafah juga memainkan peranan penting bagi pemindahan pesakit, termasuk 33 rakyat Palestin yang cedera bersama 70 pengiring ke hospital di Mesir untuk mendapatkan rawatan perubatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan