Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun maut selepas menjadi mangsa langgar lari sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti di Kilometer 96, Jalan Sibu - Bintulu semalam. Foto IPD Mukah

Warga emas maut jadi mangsa langgar lari di Jalan Sibu – Bintulu

SELANGAU, 4 Feb: Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun maut selepas menjadi mangsa langgar lari sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti di Kilometer 96, Jalan Sibu – Bintulu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhammad Rizal Alias berkata, dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, mangsa Mujah Jinggan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

“Hasil siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal dilanggar sebuah kenderaan lain setelah terbabit dalam kemalangan kendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah sedang giat mengesan kenderaan yang melanggar mangsa, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Rahmat Jalimin di talian 011-31627137 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan