Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penghantar makanan wanita maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 13 Kota Samarahan- Tabuan Jaya tengah hari tadi. Foto IPD Samarahan

Penghantar makanan wanita maut digilis lori tanker dalam kemalangan babit tiga kenderaan

BySafri Ali

KOTA SAMARAHAN, 4 Feb: Penghantar makanan wanita maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 13 Kota Samarahan- Tabuan Jaya di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, kemalangan jam 1.05 tengah hari itu melibatkan kereta, motosikal dan sebuah lori tanker.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa seorang wanita tempatan penunggang motosikal berusia 22 tahun menunggang motosikal dari arah Kuching hendak menuju ke arah Kota Samarahan.

“Ketika di lokasi kejadian, semasa sedang bergerak lurus, tiba-tiba terlanggar belakang kereta yang dalam proses berhenti kerana lampu isyarat merah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat dari perlanggaran, penunggang telah jatuh ke lorong kiri dan digilis oleh sebuah lori tanker yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan