Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerja pembersihan sungai dijalankan bersama komuniti. Foto NREB

NREB siasat isu serpihan kayu terapung di Balai Ringin

ByConnie Grace

KUCHING, 4 Feb: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak memberi perhatian serius terhadap kebimbangan orang awam mengenai isu serpihan kayu terapung yang berulang di Sungai Krangan, Balai Ringin.

NREB dalam kenyataannya hari ini berkata, menyedari kesan buruknya terhadap alam sekitar, pihaknya sedang mengambil tindakan segera untuk mengurangkan impak serta mencegah kerosakan yang lebih besar.

Menurutnya, pihak NREB kini sedang menyiasat punca utama kejadian ini bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan serta menetapkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Selain itu, NREB juga bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan dalam usaha mengeluarkan serpihan kayu dan memulihkan kawasan terjejas, pegawai penguatkuasa telah dikerahkan ke lokasi bagi menilai keadaan serta menentukan tindakan susulan.

“Usaha pembersihan pula sedang diselaraskan dengan sektor awam dan swasta bagi memastikan penyelesaian segera, malah NREB menggesa semua pengusaha perladangan agar mematuhi peraturan alam sekitar dengan ketat bagi mengelakkan pencemaran sungai berterusan,” katanya kenyataan itu.

Katanya, langkah ini penting dalam memastikan kelestarian alam sekitar, melindungi mata pencarian penduduk setempat serta menjamin keselamatan sumber air.

Justeru katanya lagi, kerjasama penuh daripada semua pihak berkepentingan amat diperlukan untuk memastikan pengurusan alam sekitar yang mampan serta mengelakkan kejadian seumpama ini pada masa hadapan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan