Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek yang disyaki menembak dua anggota bomba sehingga maut dan mencederakan seorang lagi dalam serangan hendap pada Ahad di negeri Idaho, Amerika Syarikat, ditemukan mati. Foto hiasan Envato

Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air

ByBernama

IPOH, 4 Feb; Mayat lelaki dijumpai dalam sebuah tangki simpanan air di pelantar P5 Sungai Pinang Besar dekat Pulau Pangkor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang tadi.

“Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.

“Pemeriksaan oleh pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pangkor mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

Hasbullah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi Balai Polis Pangkor atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau WhatsApp 014-6828005. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan