Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandangan kawasan banjir di Bintulu yang dirakam oleh Unit Dron Angkatan Pertahanan Awam Sarawak, pada 30 Januari lepas. Foto fail Bernama

Jurutera rugi lebih RM30 ribu akibat banjir di Bintulu

BINTULU, 4 Feb: Malam 29 Jan lepas menjadi tarikh yang tidak dapat dilupakan buat Hazzaid Abdul Muin apabila air dengan cepat memasuki rumahnya di Taman Sebiew Indah, di sini.

Jurutera berusia 36 tahun itu menyifatkan situasi itu sama seperti adegan filem apabila beliau berdepan detik cemas untuk menyelamatkan keluarganya sebelum air memenuhi ruang rumah.

“Kita memang terkejut semasa air mula naik pada sekitar 6 pagi (29 Jan) dan kita ingat akan surut tetapi hujan berterusan. Selepas itu sekitar 11 pagi bot bantuan datang untuk memindahkan semua orang,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata banjir yang mula surut pada Jumaat telah menyebabkan beliau kerugian lebih RM30,000.

“Memang banyak kerugian yang perlu kita tanggung, dua kereta milik kami turut terkesan, sebuah kereta sudah kena angkut ke bengkel. Selain itu kita kerugian barang seperti perabot dan barangan elektronik lain,” katanya.

Hazzaid menjelaskan buat masa ini pembersihan rumah pascabanjir sedang berjalan dan usaha tersebut mengambil masa yang lama terutama proses membawa keluar barang-barang rosak

“Buat masa ini kita sedang bawa barang-barang yang nak buang ke hujung jalan dan akan ada lori yang akan bawa barangan tersebut ke tapak pelupusan.

“Selepas air surut, pihak majikan saya juga ada tawar bantuan kepada pekerja yang terkesan banjir iaitu mereka telah hantar bantuan tenaga pekerja untuk sama-sama tolong bersihkan rumah,” katanya.

Setakat pagi ini, seramai 4687 mangsa masih berada di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di Bintulu susulan bah yang disifatkan paling teruk dalam tempoh 30 tahun di kawasan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan