Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa daerah di bahagian Sandakan, Sabah hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia). Foto hiasan Envato

Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa daerah di bahagian Sandakan, Sabah hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi kemas kini amaran yang dikeluarkan pada 5.45 pagi ini memaklumkan daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.

Selain itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Sabah pula melibatkan bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) serta Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu selain menghubungi hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang maklumat lanjut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan