Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan sedang mengambil langkah strategik untuk memastikan sektor elektrik dan elektronik (E&E) negara khususnya industri semikonduktor, kekal kukuh meskipun berdepan ancaman sekatan perdagangan global. Foto hiasan Envato

Dewan Rakyat: Malaysia perkukuh strategi hadapi sekatan perdagangan sektor E&E

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Kerajaan sedang mengambil langkah strategik untuk memastikan sektor elektrik dan elektronik (E&E) negara khususnya industri semikonduktor, kekal kukuh meskipun berdepan ancaman sekatan perdagangan global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal ini susulan peranan besar Malaysia sebagai pembekal utama cip semikonduktor kepada Amerika Syarikat (AS) yang menyumbang kira-kira 26 peratus daripada keperluan negara tersebut.

Beliau menegaskan kerajaan tidak memandang ringan implikasi sekatan dan telah merangka beberapa inisiatif penting bagi memastikan kelangsungan industri yang menjadi tunjang utama eksport negara.

“Pertama, kita terus memberi penjelasan kepada Amerika Syarikat, kita ikut peraturan, tidak melanggar apa-apa persetujuan dan syarat-syarat dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kedua, kita memperluaskan jaringan supaya eksport tidak hanya bergantung kepada negara tertentu tetapi membuka ruang kepada negara-negara lain,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodie (Gabungan Parti Sarawk – Sri Aman) yang ingin tahu mengenai implikasi kepada syarikat-syarikat di negara ini akibat sekatan perdagangan ini terutama melibatkan sektor E&E.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, kerajaan juga akan melakukan pemantauan rapi dan bakal menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi untuk memantau serta mengawal isu tersebut dengan lebih dekat menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan