Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekerja ladang sawit
Kerajaan memberi komitmen tinggi bagi menangani isu buruh paksa serta memastikan kebajikan pekerja asing dan tempatan terjamin, kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Foto Bernama

Dewan Rakyat: Malaysia komited tangani isu buruh paksa, perkasa kebajikan pekerja perladangan

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Kerajaan memberi komitmen tinggi bagi menangani isu buruh paksa serta memastikan kebajikan pekerja asing dan tempatan terjamin, kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, langkah tersebut diperkukuh melalui ratifikasi Konvensyen ILO No. 29 (Buruh Paksa) pada 21 Mac 2022, selaras dengan usaha mematuhi 11 indikator buruh paksa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Bagi memastikan penggajian pekerja asing di sektor perladangan dibuat secara beretika, kementerian telah mewajibkan syarikat perladangan untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dengan memenuhi semua syarat dan kriteria yang ditetapkan.

“Melalui Pensijilan MSPO, ia turut mengambil kira aspek sosial dan kebajikan pekerja melalui pematuhan Akta Kerja 1955 (Akta 265), Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) serta akta-akta lain yang berkaitan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Edwin Banta (Gabungan Parti Sarawak- Selangau) yang ingin tahu tindakan kementerian menangani isu pekerja asing dalam sektor perladangan.

Mengulas lanjut, kata Johari, kerajaan turut merangka pelbagai inisiatif seperti penggunaan teknologi internet kebendaan (IOT) dan kecerdasan buatan (AI) serta latihan khas bagi melahirkan pakar mesin dan juruteknik penuaian.

“Selain itu, kita juga menawarkan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dan turut mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu Kursus Mekanisasi Operasi Ladang (KOML).

“Antara lain, mengadakan program Place and Train dengan syarikat perladangan bagi memberi jaminan penempatan pekerjaan kepada warga tempatan,” jelasnya.

Justeru, katanya, langkah-langkah tersebut membuktikan kesungguhan Malaysia dalam memastikan tenaga kerja di sektor perladangan terus dilindungi dan diperkasa, selaras dengan standard antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan