Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri menjawab soalan berkaitan kenaikan tarif elektrik di Dewan Rakyat di sini hari ini. Foto,Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Kenaikan tarif elektrik hanya libatkan industri, bukan rakyat – PM

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kenaikan tarif elektrik yang diumumkan hanya melibatkan sektor industri dan golongan kaya serta tidak memberi kesan kepada seluruh rakyat.

Beliau berkata, langkah berkenaan diambil bagi memastikan keperluan kewangan negara terus dipenuhi tanpa membebankan majoriti penduduk.

Jelas Anwar, kenaikan juga tidak mencapai kadar 14 peratus seperti yang didakwa sebelum ini kerana hanya dilaksanakan terhadap industri besar.

“Jika tidak ada cukai atau kenaikan tarif bagi golongan berada, bagaimana kita (kerajaan) mahu memperoleh dana untuk sekolah dan hospital?,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Perikatan Nasional -Machang) mengenai kenaikan tarif elektrik yang diumumkan sebelum ini.

Tambah Perdana Menteri, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk menambah peruntukan bagi sektor pendidikan dan kesihatan tanpa mengenakan cukai tambahan kepada rakyat biasa.

Tegas Perdana Menteri lagi, turut menegaskan bahawa 85 peratus rakyat Malaysia tidak akan terkesan oleh kenaikan ini.

“Jadi saya nak jelaskan di sini apa yang disebut oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) secara umum itu kita dah tegur mengenai kenaikan tarif ini. Secara umum saya katakan patut cerakin apa kategori untuk dinaikkan,” ujarnya.

Tambah Anwar, kenaikan tarif akan berkuat kuasa mulai Julai 2025 melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang menyelaraskan kos bahan api dan penjanaan elektrik secara berkala. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan