Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penghantaran bantuan makanan di pedalaman Tatau menggunakan perkhidmatan helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU). Foto PDRM

Banjir: Misi udara hantar bantuan ke pedalaman Tatau

ByWilly Jali

TATAU, 4 Feb: Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Tatau melaksanakan misi penghantaran bantuan bekalan makanan ke kawasan pedalaman Tatau menggunakan helikopter.

Menurut satu kenyataan, bantuan bekalan makanan telah dihantar menggunakan helikopter AW 139 milik PGU Pangkalan Sarawak ke kawasan yang terjejas akibat banjir.

“Misi ini telah berjaya diselesaikan dalam masa enam hari, bermula pada 30 Januari 2025 (Khamis) hingga hari ini, 4 Februari 2025 (Selasa). Sepanjang tempoh ini, lebih kurang 23 tan bekalan makanan berupa makanan kering serta pek beras yang telah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bantuan ini memberi manfaat lebih 1,700 orang penduduk yang melibatkan lebih kurang 35 buah rumah panjang, dua buah sekolah dan sebuah klinik kesihatan di kawasan pedalaman,” menurut kenyataan itu.

Kawasan terjejas yang menerima bantuan tersebut termasuk Nanga Tau, Penyarai, Kakus, Long Beyak, Kem Gabong dan Ulu Anap.

Misi penghantaran bantuan ini turut melibatkan kerjasama erat antara pelbagai agensi termasuk Pejabat Daerah Tatau, Polis Diraja Malaysia (IPD) Tatau dan Bintulu serta anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Tatau.

Selain bantuan di Daerah Tatau, pasukan ini juga telah menghantar hampir 1.8 tan bekalan makanan yang sama ke kawasan Gerong dan Sekabai di Daerah Sebauh, menjadikan jumlah keseluruhan bekalan yang dihantar hampir 25 tan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan