Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata, dana yang diberikan merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu NGO menganjurkan program kemasyarakatan. Foto TVS

67 NGO terima sumbangan RM285,000

ByHaleyson Roland

KUCHING, 4 Feb: Seramai 67 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima dana pentadbiran dan aktiviti dari Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

Sebanyak RM285,000 dana disalurkan kepada NGO untuk melaksanakan operasi dan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan Pantai Damai.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata, dana yang diberikan merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu NGO menganjurkan program kemasyarakatan.

“Mungkin pada tahun 2025 kita boleh atur apa yang patut untuk manfaat ahli-ahli kita seterusnya masyarakat kita secara keseluruhannya supaya mereka dapat dibawa bersama untuk memastikan kita dapat mengerakkan masyarakat kita ke arah kebaikan,” katanya.

Dr. Abdul Rahman menjelaskan, kerajaan memerlukan lebih banyak NGO untuk turut serta dalam melaksanakan program yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan.

“Kita memerlukan penyertaan lebih banyak lagi persatuan, kelab dan pertubuhan serta NGO yang berada di seluruh Sarawak untuk meningkatkan aktiviti kemasyarakatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua NGO di Sarawak untuk bersama kerajaan membantu mangsa yang dilanda bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Saya mengambil kesempatan petang ini untuk kita turut serta bersama ahli-ahli kita, pertubuhan kita yang mana kita dapat membantu anggota masyarakat yang dilanda musibah banjir yang berlaku pada hari ini. Ia dapat membantu meringankan beban walaupun jentera kerajaan kita sudah ada. Sekiranya NGO kita dapat membantu, ia dapat meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat yang terkena musibah banjir,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan