Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha memperkasa TVET akan terus diangkat sebagai agenda nasional. Foto Envato.

Usaha perkasa TVET diangkat sebagai agenda nasional – Ahmad Zahid

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan terus mempergiat usaha untuk mengangkat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai agenda nasional.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata aspirasi itu adalah selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim terhadap usaha kerajaan dalam melahirkan tenaga kerja berkualiti dan berdaya saing melalui pemerkasaan sistem pendidikan.

“Insya-Allah, usaha memperkasa TVET akan terus diangkat sebagai agenda nasional, selaras dengan hasrat baginda,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara di sini hari ini.

Sementara itu, Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan – Visit Malaysia Year 2026 berkata pihaknya akan mempergiat usaha untuk mempromosi budaya dan nilai murni rakyat Malaysia di mata dunia.

“Kami akan terus mempergiatkan usaha mempromosikan budaya serta nilai murni Malaysia di peringkat antarabangsa, selain membuka lebih banyak peluang ekonomi dalam sektor pelancongan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan