Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump

Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan

ByBernama

WASHINGTON, 3 Feb: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan sehingga negara itu menyiasat “golongan tertentu” yang didakwanya dilayan “sangat teruk” tanpa memberikan bukti, lapor Xinhua.

“Afrika Selatan sedang merampas tanah, dan melayan golongan tertentu dengan SANGAT TERUK,” kata Trump menerusi satu catatan di Truth Social.

“AS tidak akan berdiam diri, kami akan bertindak. Selain itu, saya akan memotong semua pembiayaan yang masih belum disalurkan kepada Afrika Selatan sehingga siasatan penuh mengenai situasi ini selesai!” katanya.

Afrika Selatan belum mengeluarkan sebarang respons terhadap kenyataan Trump. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan