Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada Capricorn Investment Group di Pejabat Premier Sarawak. Kunjungan hormat tersebut diketuai Sekutu dan Penasihat Strategik Capricorn Capricorn Investment Group, Jerome de Bontin. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak tarik minat pelabur Amerika Syarikat

KUCHING, 3 Feb: Inisiatif ekonomi hijau Sarawak terus menarik minat pelabur antarabangsa termasuk Capricorn Investment Group yang merupakan sebuah dana pelaburan iklim terkemuka dari Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif InvestSarawak, Timothy Ong berkata, syarikat tersebut menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam meneroka lebih banyak peluang pelaburan terutamanya dalam sektor kelestarian dan semikonduktor.

Sarawak terus tarik minat pelabur asing dalam ekonomi hijau | TVS

“Antara perkara yang dibincangkan dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg termasuk projek berkaitan tenaga baharu, aeroangkasa, teknologi angkasa, bateri dan semikonduktor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Turut menyertai delegasi itu ialah Rakan Kongsi Capricorn Investment Group, Jérome de Bontin, Rakan Kongsi Iklim Hive, Krishnavenee Krishnan dan Geraldine Andrieux.

Untuk rekod, Capricorn Investment Group mempunyai pengalaman luas dalam pelaburan teknologi termasuk dalam syarikat gergasi seperti Tesla dan SpaceX.

Sementara itu, Timothy menyatakan pihaknya berharap untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dalam menubuhkan zon ekonomi khas bagi merangsang pertumbuhan industri dan pelaburan di wilayah ini.

Menurutnya, inisiatif itu bertujuan mewujudkan beberapa zon atau kawasan perdagangan bebas memandangkan ketika ini hanya terdapat satu zon di Samajaya.

“Buat masa ini, perbincangan masih berlangsung. Kami bekerjasama rapat dengan unit perancangan ekonomi Sarawak dan pihak berkepentingan lain untuk mengenal pasti lokasi strategik bagi pelbagai kluster industri,” ujarnya.

Tambahnya, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa Sarawak akan menjadi hab tenaga Malaysia merupakan satu perkembangan positif ke arah menarik lebih banyak pelaburan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan