Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Faitullah Morni (TVS)

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang meningkat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif untuk menaikkan tarif import, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit merosot kepada 4.4785/4970 berbanding dolar AS daripada 4.4550/4600 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY mendapat momentum kepada 109.258 mata selepas Trump mengeluarkan perintah eksekutif untuk menaikkan tarif import kepada 25 peratus untuk import dari Kanada dan Mexico serta 10 peratus untuk import dari China.

“Langkah ini akan berkuat kuasa pada Selasa. Ini menandakan bermulanya perang perdagangan apabila negara-negara yang terjejas mula melaksanakan tindakan balas mereka,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Afzanizam berkata ini akan membawa kepada langkah menghindari risiko berikutan ia mewujudkan ketidakpastian yang lebih besar mengenai impaknya terhadap inflasi AS dan tindak balas Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Katanya Fed berkemungkinan akan lebih berhati-hati kerana trajektori inflasi yang dijangka kekal tinggi.

Oleh itu, katanya ringgit mungkin stabil pada paras semasa tetapi risiko penurunan kekal ketara berikutan perang perdagangan.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama dan mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.5878/6067 daripada 4.6247/6299 pada Jumaat lepas dan naik berbanding pound kepada 5.5041/5268 daripada 5.5336/5398. Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8819/8942 daripada 2.8798/8832.

Mata wang tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2726/2868 daripada 3.2854/2896 pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1535/2187 daripada 13.2274/2498 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 274.6/275.9 daripada 273.2/273.6 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.71 daripada 7.63/7.64. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan