Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto media sosial

Pendaki sesat mendaki Gunung Yong Yap ditemukan selamat

ByBernama

IPOH, 3 Feb: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa menyertai kumpulan ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap dekat Kuala Mu, Sungai Siput semalam, ditemukan selamat sekitar 10 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Ilhami Mohd Idris, 22, dari Seri Kembangan, Selangor ditemukan di kebun getah berhampiran Kuala Mu oleh orang awam.

Beliau berkata bomba dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa yang menyertai ekspedisi itu bersama 15 peserta, pada 11.42 malam tadi.

“Kehilangan mangsa disedari selepas ketua ekspedisi membuat pemeriksaan semasa mereka menuruni bukit di Kem Site Chinak pada 6 petang semalam,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sabarodzi berkata ketua pendaki membuat laporan polis selepas usaha mencari yang dilakukan mereka bersama lima malim gunung hingga ke puncak Gunung Yong Yap, tidak menemukan mangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan