VLADIVOSTOK, 3 Feb: Naib Gabenor Wilayah Primorye, Rusia Sergei Efremov terbunuh ketika dalam perjalanan pulang daripada satu misi tempur, kata Gabenor wilayah itu Oleg Kozhemyako pada Ahad, lapor Xinhua.
“Hari ini adalah hari yang amat menyedihkan bagi kami… Beliau seorang individu yang baik dan luar biasa, pemimpin berwibawa serta seorang penggerak yang cekap,” kata Kozhemyako dalam satu mesej video di saluran Telegramnya.
Efremov mengetuai unit sukarelawan Tiger sejak ia ditubuhkan pada 2022.
Pada 2024, beliau dilantik sebagai naib gabenor Primorye dan bertanggungjawab ke atas dasar domestik wilayah berkenaan.
Namun, beliau kembali ke barisan hadapan selepas Ukraine melancarkan serangan di wilayah Kursk.
Beliau merupakan pegawai tertinggi Rusia yang terbunuh dalam konflik Rusia-Ukraine setakat ini. -TVS