Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Profesor Dong Jingcheng dari Universiti Fudan mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Wisma Bapa Malaysia, pada Isnin. Foto TVS

Muzium biodiversiti pertama Sarawak dibangunkan di Miri

ByMadeline Dugat

KUCHING, 3 Feb: Muzium biodiversiti pertama Sarawak bakal dibangunkan di Miri yang mempamerkan kepelbagaian perubatan tradisional dan moden.

Pengarah Institut Perubatan Integratif Universiti Fudan, Profesor Dong Jingcheng berkata, ia bukan sekadar muzium malah menjadi yang pertama di dunia menggunakan kecerdasan buatan (AI).

“Anda lihat dalam ilmu perubatan khususnya perubatan tradisional melibatkan agama dan falsafah budaya tempatan.

“Jadi ini mungkin muzium di seluruh dunia. Sekarang kita mempunyai muzium seperti ini di dunia.

“Saya menganggap muzium ini direalisasikan pada pertengahan tahun ini,” katanya selepas kunjungan hormat kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Wisma Bapa Malaysia, pada Isnin.

Katanya, pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan Pusat Biodiversiti Sarawak bagi membincangkan kerjasama yang boleh diteroka.

“Kerjasama ini yang sangat penting untuk ekonomi kita terutamanya untuk generasi masa depan dalam bidang perubatan moden,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan