Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan sedikit pengurangan pagi ini manakala di Sabah berlaku peningkatan.

Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah meningkat

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan sedikit pengurangan pagi ini manakala di Sabah berlaku peningkatan.

Di SARAWAK, jumlah mangsa berkurangan kepada 10,068 orang pada 8 pagi berbanding 10,104 orang yang direkodkan malam tadi, dengan kesemua mereka berlindung di 46 PPS.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, jumlah mangsa di bahagian Bintulu (melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh) ialah 4,901 orang manakala di bahagian Serian (daerah Serian, Siburan dan Balai Ringin) merekodkan 1,744 orang.

Bahagian Samarahan (daerah Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Simunjan dan Gedong) mencatatkan 743 mangsa dengan sebuah PPS baharu dibuka di Sebuyau, manakala di bahagian Sibu (daerah Sibu, Selangau dan Kanowit) sebanyak 1,147 orang.

Mangsa banjir di bahagian Mukah (daerah Mukah dan Dalat) ialah 142 orang manakala 1,391 orang direkodkan di bahagian Miri (daerah Miri, Subis dan Beluru).

Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 196 orang daripada 55 keluarga pagi ini, berbanding 155 orang daripada 41 keluarga, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaporkan pemindahan baharu di Kinabatangan malam tadi melibatkan 41 individu daripada 14 keluarga yang dipindahkan ke sebuah PPS manakala mangsa di Tongod kekal 155 orang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan