Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCIM) di sini, hari ini. Foto Amiruddin Shah (TVS)

Kepengerusian Asean 2025: Pertimbang buka penglibatan negara luar dalam ASEAN-GCC

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2025 sedang mempertimbang untuk membuka penglibatan negara-negara luar dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk ASEAN (GCC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan itu telah diusulkan oleh Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM), Datuk Ng Yih Pyng.

“Kita sedang mempertimbang untuk membuka penyertaan kepada negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, tetapi fokus kita tentunya adalah negara-negara Asean dan di rantau ini,” katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCIM) di sini, hari ini.

Jelasnya, negara China yang merupakan antara blok negara yang terlibat dalam pakatan ekonomi tersebut ketika ini telah membina kerjasama kukuh bersama Asean.

Anwar turut menyifatkan hubungan persahabatan antara Asean dan China sebagai rakan yang dipercayai.

“Daripada lawatan rasmi Presiden Li Qiang sebelum ini, beliau telah memberikan komitmen
(kepada Malaysia) dan kita mengalukannya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan