Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan persekutuan Kanada pada Ahad mengumumkan senarai penuh barangan yang akan dikenakan tarif atau cukai import bernilai C$30 bilion (kira-kira US$21 bilion) dari Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

Kanada umum senarai pertama “perang tarif” terhadap AS

ByBernama

OTTAWA, 3 Feb: Kerajaan persekutuan Kanada pada Ahad mengumumkan senarai penuh barangan yang akan dikenakan tarif atau cukai import bernilai C$30 bilion (kira-kira US$21 bilion) dari Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Jabatan Kewangan Kanada dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa fasa pertama tindak balas negara itu terhadap tarif yang dikenakan AS akan berkuat kuasa pada 4 Feb, selari dengan pelaksanaan tarif oleh Washington.

Senarai barangan yang terlibat termasuk minuman, produk kosmetik dan kertas, menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri Justin Trudeau pada Sabtu turut mengumumkan bahawa Kanada berhasrat mengenakan tarif ke atas satu lagi senarai barangan import dari AS yang dianggarkan bernilai C$125 bilion (US$85 bilion).

Menurut kenyataan itu, senarai kedua akan diumumkan dalam beberapa hari akan datang dan dibuka untuk ulasan awam selama 21 hari sebelum pelaksanaannya.

Antara prouk yang bakal dikenakan tarif termasuk kenderaan penumpang, trak dan bas, produk keluli dan aluminium, buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu, produk aeroangkasa serta daging dan produk tenusu.

Pada masa yang sama, kerajaan Kanada turut memperkenalkan proses pengecualian bagi membolehkan perniagaan tempatan memohon pelepasan khas daripada tarif itu.

Kenyataan itu menegaskan bahawa semua pilihan kekal terbuka, termasuk pilihan bukan tarif sekiranya Washington terus mengenakan tarif yang tidak wajar terhadap Kanada.

Terdahulu, pentadbiran Trump mengenakan tarif ke atas import dari Kanada, Mexico dan China, dengan kadar 25 peratus bagi barangan dan 10 peratus ke atas produk tenaga dari Kanada. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan