Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCIM) di sini, hari ini. Foto Amiruddin Shah (TVS)

Kadar caruman mandatori KWSP 2 peratus bagi pekerja asing dicadang

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Kerajaan bercadang untuk melaksanakan kadar caruman mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak dua peratus kepada pekerja asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar yang ditetapkan itu adalah lebih rendah berbanding yang dicadangkan sebelum ini iaitu sebanyak 12 peratus.

Jelasnya, kabinet telah mengambil pelbagai pertimbangan terhadap cadangan daripada Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCIM) dan memutuskan untuk mengekalkannya pada 2 peratus buat masa ini.

“Kadar itu akan dikekalkan buat masa ini dan kami akan menunggu sehingga keadaan bertambah baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kadar caruman tersebut akan ditambah mengikut keperluan yang ditetapkan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Sebelum ini, Anwar dalam pembentangan Belanjawan 2025 berkata kerajaan komited untuk memberi layanan adil kepada semua pekerja tanpa mengira kewarganegaraan, sesuai dengan piawaian antarabangsa.

Beliau berkata, kerajaan bercadang mewajibkan semua pekerja bukan warga negara untuk mencarum KWSP dan akan melaksanakannya secara berfasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan