Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus berkurangan setakat 8 malam Ahad. Foto fail Nadim Bokhari (TVS)

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus berkurangan setakat 8 malam Ahad.

Di SABAH, jumlah mangsa menurun kepada 155 orang daripada 41 keluarga, berbanding 675 orang daripada 181 keluarga pada 4 petang Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan daerah Lahad Datu telah pulih sepenuhnya pada pukul 5 petang tadi, bagaimanapun, daerah Kinabatangan mula dilanda banjir.

“Tongod kekal mencatatkan 155 mangsa (41 keluarga) di dua PPS, manakala satu PPS telah dibuka di Kinabatangan,” menurut kenyataan itu.

Di Sarawak, jumlah mangsa berkurangan kepada 10,104 orang yang berlindung di 44 PPS, berbanding 10,973 orang pada petang Ahad.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak berkata sebanyak lima lagi PPS telah ditutup, menjadikan keseluruhan 19 PPS yang ditutup pada Ahad berikutan keadaan banjir yang semakin pulih.

“Jumlah mangsa di Bahagian Bintulu (melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh) dan di Bahagian Serian (daerah Serian, Siburan dan Balai Ringin) kekal masing-masing pada 5,075 orang dan 1,847 orang.

“Di Bahagian Samarahan (daerah Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Simunjan, dan Gedong), jumlah mangsa menurun lebih separuh daripada angka petang tadi apabila hanya tinggal 651 orang berada di lima PPS berbanding 1,487 orang sebelum ini.

“Bagi Bahagian Sibu (daerah Sibu, Selangau dan Kanowit) pula, jumlah mangsa menurun kepada 1,162 orang berbanding 1,187 orang petang Ahad.

Di Bahagian Mukah (daerah Mukah dan Matu), jumlah mangsa tinggal 81 orang dan di Bahagian Miri (daerah Miri, Subis dan Beluru) kekal 1,288 orang,” katanya dalam kenyataan pada Ahad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan