Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Galong Luang (2 kiri) bersama juruterbang helikopter Hornbill Skyways, Kapten Christine Long Lalo dan Kapten James Dario Canero di hangar Hornbill Skyways di Lapangan Terbang Miri, hari ini. Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Helikopter Hornbill Skyways hantar bantuan makanan ke pedalaman Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 3 Feb: Misi penghantaran bantuan makanan melalui udara ke kawasan pedalaman Miri yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh melibatkan penggunaan sebuah helikopter Airbus EC135 milik Hornbill Skyways.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Galong Luang berkata, perkhidmatan helikopter diperlukan memandangkan laluan darat ke kawasan yang terjejas khususnya di Daerah Beluru tidak dapat diakses akibat banjir dan tanah runtuh.

“Pada hari ini, kita akan menghantar makanan ke Long Liaw, salah sebuah penempatan Penan di kawasan Ulu Tinjar. Sebanyak 300 kilogram (kg) iaitu 26 set bekalan makanan akan dihantar pada satu-satu masa,” katanya ketika menyaksikan penghantaran pertama misi tersebut di Hangar Hornbill Skyways Sdn Bhd, Lapangan Terbang Miri.

Misi penghantaran terebut dikendalikan oleh dua juruterbang Hornbill Skyways, Kapten Christine Long Lalo dan Kapten James Dario Canero menggunakan helikopter Airbus EC135.

“Saya Kapten Christine Long Lalo dan bersama-sama Kapten James Canero, kami menjalankan misi penghantaran makanan untuk Kampung Long Liaw. Sebanyak 1,200kg bekalan makanan akan dihantar yang akan mengambil empat hingga lima perjalanan untuk diselesaikan,” ujar Christine.

Bekalan makanan yang dihantar adalah untuk kegunaan 432 penduduk Penan di tiga kampung di pedalaman Miri.

Selepas Kampung Long Liaw, penghantaran akan diteruskan ke Kampung Apau Nyaring dan Kampung Long Kerong bagi memastikan semua penduduk yang terjejas menerima bantuan sewajarnya.

Galong yang juga merupakan Residen Bahagian Miri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas usaha memastikan bantuan sampai ke kawasan terjejas.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Amar Setiausaha Kerajaan Sarawak kerana  mengatur helikopter Hornbill bagi penghantaran makanan ke kawasan pedalaman terutamanya yang terputus hubungan akibat banjir. Terima kasih juga kepada pihak Hornbill Skyways, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta semua yang terlibat dalam misi ini,” tambahnya.

Turut hadir menyaksikan misi ini ialah Pegawai Daerah Beluru, Charles Aloysius Lisu serta kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan