Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto AFP

Larian obor AWG ke-9 diadakan di Harbin

ByBernama

HARBIN (China), 3 Feb: Larian obor Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 dilancarkan di sini pada Isnin.

Bertemakan “Shared Dreams on Ice and Snow, United Hearts Across Asia,” larian obor itu disertai 120 individu.

Laluan larian obor sepanjang 11 kilometer itu bermula dari Blok Baroque Zhonghua di Daerah Daowai, tempat Harbin dibuka kepada dunia luar, dan berakhir di Dataran Snowman, destinasi pelancongan yang popular di bandar itu.

Larian obor itu menandakan pelancaran pertandingan AWG kali ini, dengan perlawanan hoki ais diadakan pada jam 9.00 pagi.

AWG Ke-9 akan dibuka secara rasmi pada 7 Feb dan ditutup pada 14 Feb.

Menara obor utama akan dinyalakan semasa upacara pembukaan pada petang 7 Feb. – TVS

 

 

Berita Berkaitan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan