Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Zaliha Mustafa pada program Hari Terbuka Pertanian Bandar dan Kelulut Putrajaya (HTPBKP) 2025 di sini, hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

Tiada kompromi dakwaan salah laku libatkan perolehan projek DBKL – Dr Zaliha

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 1 Feb: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menegaskan tidak akan berkompromi terhadap dakwaan salah laku tatakelola yang merujuk kepada perolehan projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Dr Zaliha, siasatan kini sedang dijalankan oleh pihak audit dalaman DBKL berkaitan isu terbabit, dengan tindakan susulan akan diambil.

“Jika bersalah, maka kita akan ambil tindakan seterusnya. Saya tidak akan berkompromi dengan perkara-perkara berkaitan salah laku tatakelola ini, itu pegangan kita (kementerian),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir merasmikan Hari Terbuka Pertanian Bandar dan Kelulut Putrajaya (HTPBKP) 2025 di sini, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa merasmikan Hari Terbuka Pertanian Bandar dan Kelulut Putrajaya (HTPBKP) 2025 di sini, hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata unit integriti DBKL akan memanggil beberapa individu, termasuk pelakon dan pengarah yang dikaitkan dengan perolehan projek itu, iaitu Datuk Afdlin Shauki, bagi melengkapkan siasatan.

Dr Zaliha menjelaskan bahawa siasatan terhadap Afdlin, yang juga Ahli Lembaga Penasihat DBKL, dijangka selesai pada minggu depan.

“Kalau saudara Afdlin mahu menolak dan menafikan tuduhan tersebut, itu hak beliau. Tetapi kita, dari sudut tatakelola jabatan khususnya dan agensi, mesti menjalankan siasatan yang sepatutnya.

“Siasatan sedang dijalankan dan kita masih menunggu hasilnya. Kalau dia tidak bersalah, jadi tiada masalah,” tambahnya.

Sebelum ini, portal berita tempatan melaporkan bahawa DBKL sedang melancarkan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta, dan perkara itu tular di media sosial sejak minggu lalu.

Pada masa sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, dilaporkan mengesahkan siasatan itu dan sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan