Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran SUPP Bahagian Miri malam tadi. Foto Zaim Zharfan (TVS)

SUPP akan terus sokong Abang Johari, pastikan kestabilan politik

BySalasiah Safian

MIRI, 1 Feb: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan terus memberikan sokongan kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai Premier Sarawak.

Presiden SUPP, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, SUPP di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memastikan kestabilan politik wilayah ini.

“SUPP akan terus menyokong anda sebagai Premier dan kami sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Agi Idup Agi Ngelaban, kerana SUPP adalah terbukti semangat setia kawan dan kami bukan anai-anai. SUPP sudah bersama-sama selama 55 tahun sejak 1970.

“Bersama-sama GPS, kita akan memastikan kestabilan politik Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran SUPP Bahagian Miri, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada rakyat agar sentiasa mengekalkan perpaduan yang ada mengikut acuan Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan