Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Labuan sehingga 9 malam ini. Foto hiasan Envato

Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka ribut petir, hujan lebat sehingga 9 malam – MetMalaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Labuan sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terjejas di Sarawak meliputi Sibu (Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.
Antara kawasan lain yang tersenarai ialah di Sabah merangkumi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Kinabatangan).

Amaran sama turut melibatkan seluruh kawasan di Labuan.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan berdasarkan analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 4 hingga 7 Feb ini.

Beliau memaklumkan keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat dan berterusan di Sabah dan Sarawak.

“Sehubungan itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan telah dikeluarkan dan berkuat kuasa pada 4 sehingga 7 Feb 2025,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi MetMalaysia hari ini.

Orang awam turut dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan