Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) dilaporkan hilang selepas terputus hubungan komunikasi sejak 29 Januari lalu di perairan Bintulu.

Nelayan Indonesia hilang di perairan Bintulu masih gagal ditemui

ByConnie Grace

KUCHING, 1 Feb: Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) yang membawa tiga kru warga Indonesia masih gagal dikesan sejak ia dilaporkan hilang di perairan Bintulu pada 29 Januari lalu.

Menurut Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah, pihaknya menerima laporan kehilangan itu daripada majikan kru terbabit pada petang tadi setelah komunikasi dengan jurumudi vesel terputus sejak tiga hari sebelumnya.

“Majikan ketiga-tiga nelayan terbabit telah membuat laporan polis, memaklumkan bahawa vesel tersebut berlepas ke laut untuk menangkap ikan pada 26 Januari lalu.

“Namun, pada 29 Januari lalu, jurumudi vesel gagal dihubungi melalui alat komunikasi radio dan telefon bimbit, sekali gus menimbulkan kebimbangan sesuatu perkara yang tidak diingini telah berlaku,” katanya menerusi kenyataan media di Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, pada Sabtu.

Justeru tambahnya, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching segera mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada malam 30 Januari dengan Bot KILAT 44 dikerahkan untuk pencarian awal, namun keadaan cuaca buruk dengan angin kencang berkelajuan 40 km/j serta ombak setinggi 2.5 meter memaksa operasi ditangguhkan.

“Pada 31 Januari, operasi bersambung seawal jam 8.00 pagi dengan penubuhan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Pasukan Polis Marin Jepak. Maritim Malaysia turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Bintulu bagi memperluaskan kawasan pencarian,” tambahnya.

Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim supaya lebih berwaspada dan mematuhi prosedur keselamatan ketika berada di laut. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai vesel yang hilang ini boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau pusat operasi maritim terdekat.

Operasi CARILAMAT kini memasuki hari ketiga dengan pasukan penyelamat terus berusaha menjejaki vesel dan kru yang hilang. Perkembangan terkini akan dikemas kini melalui platform rasmi Maritim Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan