Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Zaliha Mustafa pada program Hari Terbuka Pertanian Bandar dan Kelulut Putrajaya (HTPBKP) 2025 di sini, hari ini. Foto: Afiq Johari (TVS)

Madu kelulut komoditi baharu berpotensi tinggi – Dr Zaliha

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 1 Feb: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, menyifatkan industri madu kelulut sebagai komoditi baharu yang berpotensi tinggi untuk dikembangkan.

Sekiranya ia diuruskan dengan baik dan strategik, Dr Zaliha berkata pihaknya optimis bahawa industri ini mampu membawa pulangan tinggi kepada negara, susulan pengeluaran madu kelulut di Malaysia yang telah merekodkan 145,856 kilogram dengan nilai melebihi RM21 juta.

“Unjuran-unjuran penghasilan produk-produk ini sangat tinggi, misalnya pada tahun lepas, pengeluarannya bernilai RM100,000 untuk komuniti.

“Selepas ini, kita akan kembangkan kerana setakat ini kita ada 10 kebun, dan menerusi pelan tindakan nanti, kita akan memperluaskannya kepada setiap komuniti di Putrajaya dan juga Wilayah-Wilayah Persekutuan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir merasmikan Hari Terbuka Pertanian Bandar dan Kelulut Putrajaya (HTPBKP) 2025 di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Zaliha berkata potensi daripada kebun komuniti perlu dimanfaatkan dengan kerjasama antara pengusaha kebun komuniti, institusi penyelidikan, dan juga keterlibatan pihak swasta.

Dr Zaliha menambah, menerusi Pelan Induk Pertanian Bandar yang meliputi tiga teras dan 17 tindakan, ia akan membuka peluang untuk pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian bandar.

Hal itu, katanya, akan membolehkan lebih banyak produk hiliran dihasilkan dengan kualiti premium dan mencapai standard global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan