Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri ditemui pada sidang media selepas Majlis Dawn Hope: A Safe Haven for Girls in Need, di Kuching, hari ini. Foto TVS

Kes kehamilan luar nikah remaja bawah umur di Sarawak menurun

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 Feb: Statistik kehamilan luar nikah bagi remaja bawah umur di Sarawak direkodkan menurun pada tahun 2024 iaitu 364 kes, berbanding 477 kes pada 2023.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, meskipun angka itu berjaya mempamerkan penurunan sebanyak 113 kes pada tahun lepas, namun usaha berterusan dalam membangunkan sistem sokongan lebih kukuh amat diperlukan bagi membantu golongan yang terlibat.

Dengan itu, katanya, sebanyak 841 kes kehamilan luar nikah melibatkan remaja bawah umur telah dicatatkan di Sarawak bagi tempoh 2023 hingga 2024 dan isu tersebut masih memerlukan perhatian serius.

“Terdapat tiga bahagian dengan jumlah kes tertinggi bagi tahun 2023 hingga 2024, iaitu Miri dengan 204 kes dicatatkan, Bintulu, 195 kes dan Kuching, 133 kes.

“Namun, ini adalah kes yang telah diketahui. Ada kemungkinan beberapa kes tidak dilaporkan. Jika dilihat dari 2023 hingga 2024, Kuching meningkat daripada 64 kepada 69 kes; Samarahan, 27 kepada 30 kes; Serian dari enam kepada sembilan kes; Sri Aman dari satu kepada enam kes. Mukah pula sembilan kepada 10 kes. Limbang adalah 20 kepada 21 kes.

“Namun, terdapat penurunan kes di Bintulu, daripada 104 kepada 91 kes. Miri, 113 kepada 91 kes. Sibu, 74 kes kepada 28 kes. Betong, 16 kepada 7 kes. Kapit, 32 kepada 2 kes. Sarikei, 11 kepada 0 kes. Tetapi sekali lagi, ini hanyalah kes yang telah dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Dawn Hope: A Safe Haven for Girls in Need, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, menurut Nancy dalam ucapannya, kehamilan dalam kalangan remaja di negara ini kekal sebagai satu isu yang mendesak dan perlu ditangani dengan respon yang seimbang; tegas dalam menangani cabaran, tetapi penuh belas ihsan dalam memberi sokongan.

“Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Malaysia merekodkan 44,263 kes kehamilan remaja di mana 17,646 daripadanya melibatkan remaja perempuan yang belum berkahwin.

“Kita juga harus mengakui bahawa tidak semua kehamilan remaja adalah sama. Ada yang berlaku dalam perkahwinan sah dan tradisional, manakala ada juga yang berpunca daripada keadaan rentan yang memerlukan perhatian segera,” ujarnya.

Sehubungan itu, jelas Nancy, semua pihak termasuk ibu bapa, para pendidik serta seluruh masyarakat perlu terlibat sama dalam melaksanakan usaha ini bagi membimbing anak-anak dalam membuat pilihan yang tepat dan bertanggungjawab.

Beliau menambah, kementeriannya juga aktif bekerjasama dengan agensi persekutuan dan negeri, serta organisasi masyarakat sivil bagi melaksanakan dasar dan program yang memperkukuh pendidikan kesihatan seksual dan reproduktif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan