Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ditemu bual pengamal media hari ini sejurus mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Gelanggang Futsal Serian. Foto Mohamad Gustie (TVS)

Kerajaan cadang tubuhkan Pusat Pemindahan Kekal di Serian – TPM Fadillah

ByAsmah Adenan

SERIAN, 1 Feb: Kerajaan bercadang menyediakan sebuah Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di Serian bagi penempatan sementara mangsa banjir di sini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Selaras dengan apa yang telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mencadangkan supaya kita ada pusat pemindahan kekal yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

“Tapi mungkin kita tak dapat nak buat semua. Jadi untuk kawasan ini (Serian) kita telah kenal pasti kekurangan yang boleh kita sediakan pada masa akan datang secara kekal khususnya tandas, bilik mandi, tempat bermasak dan kipas angin,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Gelanggang Futsal Serian.

Dalam pada itu, beliau meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian memberikan cadangan dan mengenal pasti bentuk kemudahan yang diperlukan di PPS bagi penambahbaikan di bahagian dan daerah masing-masing.

Fadillah memberitahu pihaknya akan menunggu cadangan penambahbaikan yang akan dikumpul oleh Pejabat Residen dan Pejabat Daerah melalui Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Cadangan tersebut akan disalinkan kepada saya supaya saya boleh kemukakan di peringkat Persekutuan, bagaimana kita diperingkat Persekutuan boleh bantu kerajaan negeri dalam menyediakan tempat yang lebih selesa kepada mangsa-mangsa tidak kira mangsa banjir, tanah runtuh dan sebagainya,” katanya.

Hadir sama isterinya, Datin Sri Ruziah Mohd Tahir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus, Residen Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mancha Ata.

Untuk rekod, PPS Dewan Gelanggang Futsal Serian setakat ini menempatkan mangsa dari empat buah kampung iaitu Kampung Hulu, Kampung Hilir, Kampung Bunga Siantan dan Kampung Munggu Limo dengan jumlah keseluruhan melibatkan sebanyak 137 mangsa dari 50 keluarga.

Terdahulu, beliau turut melawat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Haji Kamaruddin bin Ahmad Kampung Segedup dan PPS SK Sejijak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan