Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelancong lelaki warga China berusia 34 tahun, maut akibat lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Mabul, semalam. Foto hiasan Envato

Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas

ByBernama

KOTA BHARU, 31 Jan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani berkata Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Sistem Mers 999 dan lapan anggota dikerahkan untuk melaksanakan operasi mencari serta menyelamat yang turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Kubor, Tumpat.

“Mayat ditemui anggota kami pada jarak satu kilometer dari tempat mangsa lemas sebelum dibawa ke tepi pantai,” katanya dalam kenyataan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan