Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap di Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran SUPP bahagian Miri malam tadi. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Gas Sintetik mungkin dapat menggantikan reaktor nuklear modular

BySalasiah Safian

MIRI, 1 Feb: Gas sintetik yang akan dikeluarkan Sarawak berkemungkinan dapat menggantikan reaktor nuklear modular, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,

Menurutnya, gabungan teknologi dan sumber kuasa yang dimiliki Sarawak akan memberi kelebihan.

“Sekarang, terdapat teknologi yang mana hidrogen dicampur dengan karbon akan menghasilkan gas sintetik, metana sintetik dan metana ini boleh menghasilkan kuasa dan berkemungkinan yang ini boleh menggantikan reaktor nuklear yang dipanggil reaktor nuklear modular.

“Nuklear ini memerlukan uranium dan uranium bukan senang untuk mendapatkannya namun di Sarawak banyak hidrogen. Bukan sahaja metana, kita ada hidrogen daripada air. Dalam erti kata lain, apa yang saya katakan di sini ialah kita kaya dengan kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam sempena Tahun Baharu Cina anjuran SUPP Bahagian Miri di sini, malam tadi.

Tambah beliau lagi, pada tahun 2027 Miri akan berjaya menjana kuasa sebanyak 500 megawatt daripada Turbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT).

“CCGT tersebut yang kini masih dalam pembinaan akan dapat menjadi sumber tenaga di loji janakuasa baharu yang akan dihasilkan oleh Mitsubishi.

“Justeru kerajaan Sarawak pada ketika ini akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembangunan di seluruh wilayahnya dan meneliti setiap kekuatan yang ada di segenap kawasan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan