Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cawangan pertama Bubblebee di Miri, di Marina Parkcity, Phase 1,

Bubblebee pertama di Borneo dibuka di Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 1 Feb: Bandaraya Miri dipilih sebagai lokasi pertama di Borneo bagi pembukaan syarikat minuman, Bubblebee, hari ini.

Pengasas bersama Bubblebee, Shuib Sepahtu, berkata Miri dipilih sebagai lokasi pertama di Borneo kerana kedudukannya yang strategik serta permintaan tinggi daripada pelanggan, termasuk dari Brunei.

“Kita sudah banyak cawangan di Semenanjung, dan saya percaya orang Borneo juga ingin merasai keenakan menu Bubblebee.

“Selain itu, Miri berdekatan dengan Brunei, dan saya tahu ramai rakyat Brunei kerap berkunjung ke sini. Sebelum ini, mereka pernah bertanya bila Bubblebee akan dibuka di Brunei, jadi buat masa ini, mereka boleh datang menikmati Bubblebee di Miri terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Mengulas mengenai rancangan masa depan, Shuib berkongsi bahawa Bubblebee akan diperluaskan ke lokasi lain di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.

“Saya memang ada perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan di kawasan lain di Miri, Sabah dan Sarawak. Kami juga sedang meneliti lokasi yang sesuai, termasuk di kawasan seperti Permyjaya yang lebih jauh dari pusat bandar,” ujarnya.

Mengenai menu, Shuib tidak menolak kemungkinan memasukkan elemen tempatan ke dalam pilihan Bubblebee di Miri.

“Jika di Miri, ada permintaan untuk gula apong misalnya, kita boleh pertimbangkan untuk menambah elemen tersebut dalam menu Bubblebee. Saya akan mengkaji lebih lanjut bahan-bahan tempatan yang boleh digabungkan dengan produk Bubblebee,” tambahnya.

Shuib berharap pembukaan Bubblebee di Miri mendapat sokongan penuh daripada warga tempatan dan juga pelanggan dari Brunei.

“Ini adalah produk tempatan, jadi saya harap semua orang akan menyokong. Bubblebee akhirnya telah tiba di Miri, seperti yang ramai nantikan sebelum ini. Semoga ini menjadi permulaan kepada kejayaan lebih besar di Borneo,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan