Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pandangan udara situasi banjir di Daerah Subis. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Banjir: Kira-kira 150 orang calon SPM terjejas di Subis

BySalasiah Safian

MIRI, 1 Feb:  Hampir 150 orang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Daerah Subis terjejas dalam bencana banjir, kata Ahli Parlimen, Sibuti Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Menurutnya pihaknya sedang berusaha untuk mengenal pasti kesemua mereka yang terjejas.

“Sekarang SMK Suai, SMK Bekenu dan SMK Luar Bandar. Jadi untuk SMK Bekenu kita ada 77 orang. Untuk SMK Suai saya belum mendapat lagi angka tetapi di SMK Suia ini ada gerakan daripada YDP PIBG untuk membawa mereka duduk di asrama.

“Tetapi di Bekenu kita tidak ada asrama kerana sekolah harian dan ini merupakan satu cabaranlah. Sama ada dibenarkan untuk pelajar tersebut diletakkan dalam keadaan seperti konsep mangsa banjir.

Saya menganggar hampir 150 yang benar-benar terkesan. Dalam kawasan banjir. Masih ada tinggal dua atau tiga ujian pada Isnin dan peperiksaan bermula pada jam 8.15 pagi,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan ditemui pada Kunjungan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Setakat jam 5 petang, seramai 77 orang calon SPM yang terjejas telah ditempatkan di PPS SMK Bekenu.

Terdapat empat PPS dibuka di Daerah Subis iaitu PPS Niah, PPs SMK Bekenu, PPS Peliau dan PPS Selanyau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan