Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bercakap pada sidang media selepas Majlis Dawn Hope: A Safe Haven for Girls in Need, di sini, hari ini. Foto: TVS

Banjir: Kenal pasti alasan mangsa enggan pindah ke PPS, berlindung bawah jambatan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 Feb: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan pihak berkuasa berkaitan digesa untuk memastikan keselamatan mangsa banjir terutamanya mereka yang enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, JPBNS serta pihak berkaitan perlu menasihati mangsa banjir untuk berpindah ke PPS kerana terdapat laporan di media sosial mengenai mangsa banjir di Bintulu yang mencari perlindungan di bawah jambatan dan jejambat.

“Kita tidak tahu apa alasan mereka yang tidak mahu berpindah, tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan mereka selamat. Oleh itu, untuk keselamatan mangsa banjir, mereka perlu dibawa ke PPS,” katanya pada sidang media selepas Majlis Dawn Hope: A Safe Haven for Girls in Need, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy menegaskan pihak berkuasa perlu mengetahui dan memahami punca di sebalik keengganan mangsa banjir berpindah ke PPS, malah sebaliknya memilih untuk berteduh di bawah jejambat dan jambatan.

“Pada masa ini, saya rasa di Sarawak, kita masih mempunyai PPS yang beroperasi. Setakat hari ini, terdapat juga PPS yang baharu yang telah dibuka.

“Jadi, kita berharap jumlahnya akan berkurangan hari ini. Jika hujan turun, keadaan akan menjadi lebih buruk. Namun, semalam hujan turun dengan lebat,” jelasnya.

Setakat jam 4 petang tadi, jumlah mangsa banjir di Sarawak menunjukkan trend penurunan yang melibatkan seramai 12,656 orang daripada 3,720 ketua isi rumah, dengan 64 PPS masih beroperasi.

Sebelum ini, Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan keadaan banjir di Bintulu kini dalam keadaan terkawal.

Uggah memberitahu Sekretariat JPBNS telah aktif menyalurkan bantuan dan peralatan keperluan kepada mangsa yang terjejas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan