Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ditemu bual pengamal media hari ini sejurus mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Gelanggang Futsal Serian. Foto Mohamad Gustie (TVS)

Banjir: Daftarkan diri di PPS atau hubungi Pejabat Daerah bagi dapat bantuan

ByAsmah Adenan

Serian, 1 Feb: Mangsa banjir di Sarawak dinasihatkan agar mendaftarkan diri di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terdekat atau menghubungi Pejabat Daerah bagi mendapatkan bantuan meskipun mereka tidak berpindah ke PPS.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri  Fadillah Yusof berkata, saranan itu juga membolehkan laporan terkini dapat dikemas kini oleh Pejabat Daerah bagi tujuan penyaluran inisiatif terbabit.

“Mereka yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan mendapat RM1,000 untuk bantuan kewangan tapi lain-lain bentuk bantuannanti kita akan lihat kepada keseluruhan laporan sama ada dari segi infrastruktur memperbaiki kemudahan awam, bangunan dan sebagainya.

“Setelah selesai banjir kita akan buat penilaian dan penilain ini akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan dan bagaimana Kerajaan Persekutuan boleh membantu Kerajaan Negeri dalam hal sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Gelanggang Futsal Serian, petang tadi.

Fadillah mendedahkan akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan dengan keadaan dan situasi banjir di Sarawak yang berbeza daripada Semenanjung.

“Keadaan Sarawak mungkin berbeza sedikit daripada Semenanjung. Secara dasar orang yang berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) hanya mereka ini adalah layak menerima Rm1,000, kalau tidak berdaftar dan tidak pindah tak akan dapat.

“Tapi di Sarawak keadaannya berbeza dan saya akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tapi yang penting mereka yang terkesan kena berdaftar terlebih dahulu dengan Pejabat Daerah kalau mereka tidak berpindah ke pusat pemindahan supaya kita dapat tahu alasannya.

“Ini kerana, terdapat tempat yang terputus hubungan dan tidak dapat dipindahkan jadi kita memahami keadaan di Sarawak yang berbeza dengan keadaan di Semenanjung,” katanya.

Sementara itu, beliau juga turut berharap agar program tebatan banjir di Kuching dapat dilaksanakan dan disiapkan bagi mengurangkan kejadian banjir khususnya di Bau, sebahagian Serian dan Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan