Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Musibah banjir yang melanda sebahagian besar kawasan Bintulu. Foto TVS

Banjir Bintulu: Mangsa banjir di Tatau tidak sangka musibah seteruk ini

ByDouglas Elliot

BINTULU, 1 Feb: Penduduk tidak menyangka musibah banjir yang melanda sebahagian besar kawasan Bintulu merupakan bencana berskala besar yang berlaku tahun ini.

Menurut mangsa, Ganyang Samat, hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu mengakibatkan air tinggi menaiki rumah anaknya di kawasan berkenaan.

“Di Tatau kebiasaannya memang ada banjir tetapi paras air tidak naik terlalu tinggi.

“Ini merupakan banjir paling besar dalam masa beberapa tahun ini,” katanya kepada TVS di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Tatau.

Ganyang serta keluarganya merupakan antara 661 mangsa banjir yang menumpang teduh di PPS berkenaan.

Berasal dari Rumah Panjang Salleh Nanga Bena di Ulu Anap, dia turut berkata, akses jalan ke rumah panjangnya terputus akibat air bah.

Sementara itu, Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong berkata, usaha giat dilakukan dalam menghantar bantuan makanan bagi kawasan yang terputus hubungan akibat banjir.

“Dengan menggunakan khidmat Pasukan Gerakan Udara PDRM (PGU) dengan bantuan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Bomba, penghataran bantuan telah digerakkan sejak Khamis.

“Namun disebabkan daerah Tatau merupakan satu kawasan besar, maka proses penghantaran ini mengambil sedikit masa,” katanya ketika ditemui.

PPS SMK Tatau yang dibuka pada 29 Januari lalu merupakan antara PPS yang menempatkan mangsa paling ramai di Sarawak ketika ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan