Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelan bantuan banjir yang dikenali sebagai AFFIN Natural Disaster Relief Programme (NDRP) ini bertujuan untuk meringankan beban individu, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pelanggan korporat. Foto fail Zaim Zharfan (TVS)

AFFIN tawar moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan terjejas akibat banjir

ByMuqri Aziz

KUCHING, 1 Feb: Bagi membantu pelanggan yang terjejas akibat banjir, Kumpulan AFFIN memperkenalkan pelan bantuan khas yang menawarkan moratorium sehingga enam bulan di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, AFFIN memaklumkan bahawa pelan bantuan banjir yang dikenali sebagai AFFIN Natural Disaster Relief Programme (NDRP) ini bertujuan untuk meringankan beban individu, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pelanggan korporat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, moratorium ini bertujuan memastikan sokongan menyeluruh kepada komuniti dan perniagaan yang terjejas akibat banjir.

“Banjir telah memberi kesan yang dahsyat kepada kawasan terjejas dan komuniti setempat. Bagi mengurangkan beban kewangan pelanggan kami dalam tempoh yang mencabar ini, AFFIN menawarkan bantuan kewangan ke atas pelbagai pinjaman dan produk pembiayaan melalui NDRP.

“Kami tetap komited untuk menyokong komuniti yang kami berkhidmat dengan menyediakan bantuan tepat pada masanya apabila ia paling diperlukan,” ujarnya.

Sebagai langkah seterusnya, AFFIN menggalakkan pelanggan yang terkesan untuk mengambil tindakan segera dengan menghubungi Pusat Perhubungan AFFIN di 03-8230 2222 atau mengunjungi mana-mana cawangan AFFIN untuk menyemak kelayakan bagi memohon NDRP.

Untuk maklumat lanjut mengenai NDRP, pelanggan boleh melayari laman sesawang www.AffinAlways.com/en/frp-application-form. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan