Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Dr Wan Junaidi sebagai contoh pemimpin berjiwa rakyat, tetap rendah diri walaupun berjawatan tinggi. -Datuk Patrick Liew. Foto TVS

Tun Dr Wan Junaidi pemimpin berjiwa rakyat, rendah diri meski berjawatan tinggi – Patrick Liew

ByConnie Grace

KUCHING, 31 Jan: Dunia kepimpinan sering dikaitkan dengan kuasa dan status namun Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuktikan bahawa kesederhanaan dan sikap mesra rakyat adalah kunci kepada kepimpinan yang dihormati.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Dato Patrick Liew Chin Joon menyifatkan, Tun Dr Wan Junaidi dikenali sebagai seorang pemimpin yang sentiasa mendekati rakyat, bukan sahaja berpegang kepada nilai integriti dan amanah dalam memimpin, tetapi juga menunjukkan sikap rendah diri yang luar biasa.

“Saya mengenali beliau sudah sekian lama, sejak zaman beliau bertugas dalam pasukan polis, kemudian menjadi peguam sebelum menceburi dunia politik.

Apa yang mengagumkan, meskipun kini memegang jawatan tertinggi, keperibadiannya tetap sama, mesra, rendah hati, dan mudah didekati,” kata Patrick ketika ditemui media, pada Jumaat.

Patrick menekankan meskipun Tun Dr Wan Junaidi menjawat jawatan ketua negeri, beliau masih kerap meluangkan masa untuk turun padang bertemu rakyat, dan meninjau sendiri keadaan masyarakat.

“Beliau tidak sekadar duduk di pejabat dan memberi arahan, tetapi turun sendiri melihat keadaan rakyat. Itulah yang membuatkan beliau sangat dihormati dan disayangi oleh masyarakat,” ujarnya.

Ceritanya lanjut, bagi Tun Dr Wan Junaidi, pangkat dan kedudukan bukanlah ukuran sebenar seorang pemimpin, sebaliknya hubungan yang erat dengan rakyat adalah keutamaan.

“Beliau memahami bahawa kepimpinan bukan hanya tentang kuasa, tetapi juga tentang menyentuh hati rakyat, keikhlasan dan kesederhanaannya membuatkan beliau sentiasa dekat di hati masyarakat,” tambahnya.

Memetik contoh sesebuah majlis keramaian dipenuhi rakyat jelata walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang mengizinkan, situasi sedemikian menurut Patrick ia menyaksikan bagaimana rakyat meraikan serta menghormati Tun Dr Wan Junaidi.

“Saya rasa hubungan baik dan sikap rendah hati jauh lebih bernilai daripada pangkat atau kedudukan. Tun adalah contoh pemimpin sejati yang patut dijadikan inspirasi,” katanya.

Beliau turut mengakui sikap kepimpinanTun Dr Wan Junaidi yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dan mengekalkan sikap rendah diri mempamerkan bukti bahawa nilai sejati seorang pemimpin bukan terletak pada jawatan, tetapi pada keikhlasan dalam berkhidmat.

“Keperibadian sebegini bukan sahaja membina kepercayaan rakyat, malah menjadi legasi kepimpinan yang akan dikenang sepanjang zaman,” luahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan