Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menyatakan bahawa mereka percaya tiada mangsa yang terselamat dalam pelanggaran udara berhampiran Washington membabitkan sebuah pesawat komersial dengan 64 penumpang dan sebuah helikopter tentera. Foto AFP

Semua dikhuatiri maut nahas udara di Washington, misi SAR bertukar kepada pemulihan

ByBernama

WASHINGTON, 31 Jan: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menyatakan bahawa mereka percaya tiada mangsa yang terselamat dalam pelanggaran udara berhampiran Washington membabitkan sebuah pesawat komersial dengan 64 penumpang dan sebuah helikopter tentera.

“Dukacita dimaklumkan, tiada yang terselamat,” kata Presiden Donald Trump pada sidang akhbar di White House selepas usaha menyelamat (SAR) ditukar kepada misi pemulihan di Sungai Potomac, lapor agensi berita Kyodo.

Nahas yang berlaku pada malam Rabu itu membabitkan sebuah pesawat American Airlines dan sebuah helikopter Black Hawk yang membawa tiga kru.
Trump turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyatakan bahawa kedua-dua pesawat, iaitu Bombardier CRJ700 yang berlepas dari Kansas dan helikopter tentera itu, terhempas ke dalam sungai berais.

Sambil berikrar untuk menjalankan siasatan segera, Naib Presiden JD Vance serta Setiausaha Pengangkutan dan Pertahanan yang turut menghadiri sidang akhbar itu sering mengarahkan kenyataan mereka kepada Trump sambil memuji kepimpinannya.

Sekiranya disahkan, nahas ini — yang mengorbankan atlet luncur ais muda terkemuka AS dan jurulatih dari Rusia — akan menjadi kemalangan penerbangan paling buruk di AS sejak akhir 2001, apabila sebuah pesawat American Airlines terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, New York, mengorbankan 265 nyawa.

Setiausaha Pengangkutan Sean Duffy, pada sidang media berasingan menyatakan bahawa pesawat tentera sering terbang berhampiran pesawat komersial di ruang udara sibuk sekitar Reagan International Airport, yang terletak hanya 5 kilometer dari Rumah Putih.

Beliau menambah bahawa kedua-dua pesawat, iaitu jet penumpang dan helikopter Sikorsky H-60, berada dalam corak penerbangan yang “standard.”

Pesawat yang dikendalikan oleh anak syarikat American Airlines itu berlepas dari Wichita, Kansas, tempat Kejohanan Luncur Ais AS baru-baru ini berlangsung. Kesatuan Luncur Ais Antarabangsa mengesahkan bahawa beberapa atlet serta jurulatih mereka berada dalam penerbangan tersebut.

“Kami amat berdukacita apabila mengetahui bahawa para peluncur ais, bersama keluarga, rakan dan jurulatih mereka, difahamkan berada dalam penerbangan itu,” menurut kesatuan tersebut dalam satu kenyataan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan