Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Insiden tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri. Foto JKM Miri

Sarawak kaji kaedah bantu penduduk kawasan berisiko tanah runtuh

BySalasiah Safian

MIRI, 31 Jan: Kerajaan Sarawak mengkaji kaedah terbaik dalam usaha membantu penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tanah runtuh seperti di Kampung Lereng Bukit, dan Bukit Canada, di sini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tragedi seumpama sering kali berlaku dengan ini antara jalan keluar kepada permasalahan tersebut adalah penduduk setempat berpindah ke kawasan yang selamat.

Kerajaan Sarawak kaji kaedah terbaik bantu penduduk kawasan berisiko | TVS

“Kita nampak selepas saya akan berbincang dengan ahli kabinet apa yang harus kita buat untuk kawasan tersebut. Kita akan membuat kajian dan tadi seorang mangsa berkata ‘lebih baik saya pindah’…Kalau dulu ada yang mahu, ada yang tak mahu, dengan apa yang berlaku memberi kesedaran kepada masyarakat kitauntuk tinggal di tempat yang lebih selesa dan keadaan yang lebih selamat.

“Mengikut kajian, tanah yang ada di Canada Hill adalah berpasir dan kita tahu pasir bila-bila sahaja ia akan mengalir. Ia akan membahayakan penduduk yang tinggal di sana.

“Jadi kita akan berbincang dan cadangan kita mungkin kita akan buat penempatan semula di kawasan yang lain yang lebih selamat,” katanya sambil meyakini sebelum ini penempatan semulatelah dilaksanakan di Kuching, Kapit, Tatau dan Sibu.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bulan Sabit Merah, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati penduduk agar mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk mengosongkan rumah.

“Kami nasihatlah apabila anda diminta untuk berpindah oleh pihak berkuasa, tolong keluar. Tolong patuhi arahan untuk keselamatan semua,” ujarnya lagi.

Beliau menambah bencana yang melanda beberapa kawasan di seluruh Sarawak pada tahun ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan luar biasa.

Abang Johari menyifatkan ia sebagai petanda kepada perubahan iklim dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan