Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jelas Menteri Pelancongan Malaysia itu keputusan terbabit dibuat bagi pihaknya menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa banjir, di sini. Foto: Facebook Dato’ Seri Tiong King Sing

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Bintulu dibatalkan – Tiong

ByFarah Diyana Samsuddin

BINTULU, 31 JAN: Mengambil kira bencana banjir di Bintulu semakin membimbangkan, penganjuran rumah terbuka Tahun Baru Cina di sini yang dijadualkan pada 9 Februari ini dibatalkan, kata Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.

Keputusan itu diumumkannya menerusi satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

“Ramai mangsa kehilangan tempat tinggal, harta benda dan mengalami kerugian besar susulan banjir teruk yang melanda Bintulu. 

“Situasi ini memerlukan usaha kolektif jangka panjang untuk mengatasi cabaran sukar ini. 

“Oleh itu, dengan berat hati, penganjuran rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang dijadualkan pada 9 Februari 2025 terpaksa dibatalkan,” katanya dalam hantaran terbabit.

Jelas Menteri Pelancongan Malaysia itu keputusan terbabit dibuat bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa banjir, di sini.

“Hari ini saya telah melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Suarah dan Paragon untuk meninjau dan memastikan keperluan mangsa-mangsa banjir mencukupi. 

“Sambil menzahirkan rasa simpati, saya juga menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing demi memastikan PPS ini memenuhi piawaian yang sepatutnya dan setiap keperluan asas mangsa dijaga dengan baik,” ujarnya.

Kemas kini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) setakat jam 8 malam tadi mencatatkan Bahagian Bintulu kekal merekodkan penduduk tertinggi dipindahkan ke PPS iaitu 5,350 orang melibatkan 1,479 Ketua Isi Rumah (KIR).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan