Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, Majlis Islam Sarawak (MIS) melalui kerjasama agensi berkaitan berjaya mengumpulkan bantuan tersebut termasuk melalui tabung bencana alam JAKIM. Foto Ezzany Yusuf (TVS)

RM200,000 disalurkan kepada mangsa banjir

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 31 Jan: Sebanyak RM200,000 disalurkan kepada mangsa banjir di Sarawak.

Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, Majlis Islam Sarawak (MIS) melalui kerjasama agensi berkaitan berjaya mengumpulkan bantuan tersebut termasuk melalui tabung bencana alam JAKIM.

“Majlis Islam Sarawak, melalui agensi-agensi yang terlibat telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kutipan melalui sahadat solat Jumaat.

“Hasil daripada kutipan tersebut, Majlis Islam bersama dengan pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) serta agensi-agensi berkaitan telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM178,265.95,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Umat Islam Sarawak Untuk Kutipan Sumbangan Mangsa Banjir di sini, hari ini.

Beliau juga memaklumkan Majlis Islam Sarawak akan terus mengadakan kutipan sumbangan bagi membantu mangsa banjir terkini yang berlaku di seluruh Sarawak.

“Seperti yang kita tahu, setiap kali musibah berlaku, agensi-agensi Islam seperti JAIS dan Baitulmal akan segera menggerakkan pasukan mereka untuk memberikan bantuan kepada masyarakat yang terjejas.

“Begitu juga semasa pandemik Covid-19, pegawai kami bergerak membantu masyarakat yang memerlukan dan kini dalam situasi banjir, mereka turut turun padang ke kawasan-kawasan terjejas seperti Serian dan Bintulu,” ujarnya.

Dalam majlis itu, Dr. Abdul Rahman menyempurnakan penyerahan cek kepada Pengarah JAKIM Sarawak Hamdan Jar’ee dan disaksikan olah Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan